Pengajian Kitab Minnyatul Musolli
2 Disember 2014
Dipimpin Oleh Al Fadhil Ustaz Hj Baharudin b Hj M Yunus
maka menjadikan kami Allah s.w.t dah akan kamu daripada orang yang memelihara akan atas sembahyang lima waktu dah orang yang muqim bagi sembahyang yakni mendirikan dan memelihara akan dia lagi orang yang khusyuk padanya - yakni tetap hatinya dah anggotanya di dalam sembahyang lagi yang mengekalkan atas sembahyang - yakni tiap-tiap sudah sembahyang mencinta ia hendak mengerjakan sembahyang yang keduanya
Dipimpin Oleh Al Fadhil Ustaz Hj Baharudin b Hj M Yunus
Minyatul Musolli - Muka surat 2 - Permulaan Kitab, Pujian kepada Allah, Selawat Rasulullah s.a.w, Tempat Sembahyang dalam Agama
بسم الله الرحمن الرحيم
Ku mulai risalah ini dengan nama Allah yang amat murah lagi amat mengasihani akan hambanya yang mukmin dalam negeri akhirat
الحمدالله رب العالمين * الذي جعل الصلاة طريقة المتقين
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Tuhan yang menjadikan sembahyang lima waktu ini jalan segala orang yang muttaqin
وَجَعَلَ فِيْهَا قُرَّةَ عَيْنِ سَيِّدِ المُرْسَلِيْنَ * وَرُكْنًا مِنْ أَرْكَانِ الدِّيْنِ
dan
Tuhan yang menjadikan di dalam sembahyang itu sejuk mata hati penghulu
segala mursalin - yakni dijadikan sejuk mata hati nabi dengan musyahadah
akan Tuhannya di dalam sembahyangnya - dan menjadikan sembahyang itu
satu rukun daripada rukun agama
وَجَعَلَ فِيْهَا جَنَّةَ العَاجلَةِ لِلْمُحِبِّيْنَ * وَمَعْدِنَ أَسْرَارِ لِلْعَاشِقِيْنَ
dan
menjadikan padanya dapat lazat manusia khidmat sembahyang yang
menempati syurga yang
disegerakan di dalam dunia bagi segala hambanya
yang muhibbin - dan tempat galian segala rahsia daripada bagi tajalli
Allah bagi orang yang 'asyikin yakni rindu mereka itu akan mahbubnya
وَالصَّلَاةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولِ رَبِّ العَالَمِينَ وَشَفِيعِ المُذْنِبِينَ
dan
rahmat Allah dan selamatnya penghulu kita Nabi Muhammad pesuruh Tuhan
sekalian alam dan yang memberi syafaat ia akan segala orang yang berdosa
pada hari kiamat
وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَعِتْرَتِهِ الطَّاهِرِينَ * صَلَاةً وَسَلَامًا دَائِمَينَ إِلَى يَومِ الدِّينَ
dan
atas segala keluarganya dan segala sahabatnya dah segala ikutannya
daripada anak buahnya yang suci mereka itu akan rahmat dah selamatnya
yang berkekalan keduanya hingga hari kiamat
وَبَعْدُ
فَاعْلَمُوا يَا مَعَاشَرَ المُسْلِمِينَ وَفَّقَنَا اللهُ وَإِيَّاكُمْ
وَأَلْهَمَنَا رُشْدَنَا وَأَعَاذَنَا مِنْ شَرِّ أَنْفُسِنَا
dan
adapun kemudian dari itu maka ketahui oleh kamu hai segala orang yang
muslimin, telah memberi faham akan kami dan akan kamu Allah s.w.t dan
mengilhamkan kami dan kamu cerdik dan lindungkan daripada kejahatan diri
kita
إِنَّ الصَّلَاةَ عِمَادُ الدِّيْنِ وَأَجَّلُ مَبَانِى الإِسْلَامِ الخَمْسِ بَعْدَ الشَهَادَتَينِ
bahawasanya
sembahyang lima waktu itu tiang agama dan yang terlebih besar kejadian
rukun Islam yang lima perkara kemudian daripada mengucap dua kalimah
syahadah
وَمَحَلُّهَا مِنَ الدِّيْنِ
مَحَلُّ الرَّأْسِ مِنَ الجَسَدِ فَكَمَا أَنَّهُ لَا حَيَاةَ لِمَنْ لَا
رَأْسَ لَهُ فَكَذَلِكَ لاَ دِينَ لِمَنْ لاَ صَلَاةَ لَهُ كَذَلِكَ وَرَدَ
فِى الأَخْبَارِ
dah tempatnya daripada
agama seperti tempat kepala daripada tubuh - maka bahawanya tiada hidup
bagi orang yang tiada kepala baginya - maka demikianlah tiada agama bagi
orang yang tiada sembahyang baginya - demikian telah datang beberapa
hadis nabi s.a.w
جَعَلَنَا اللهُ
وَإِيَّاكُم مِنَ المُحَافِظِينَ عَلَى الصَّلَاةِ المُقِيمِينَ لَهَا
الخَاشِعِينَ فِيهَا الدَّائِمِينَ عَلَيهَا فَبِذَلِكَ أَمَرَ اللهُ
عِبَادَهُ المُؤْمِنِينَ فِى كِتَابِهِ وَبِهِ وَصَفَهُم فَقَالَ حَافِظُوا
عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ
maka menjadikan kami Allah s.w.t dah akan kamu daripada orang yang memelihara akan atas sembahyang lima waktu dah orang yang muqim bagi sembahyang yakni mendirikan dan memelihara akan dia lagi orang yang khusyuk padanya - yakni tetap hatinya dah anggotanya di dalam sembahyang lagi yang mengekalkan atas sembahyang - yakni tiap-tiap sudah sembahyang mencinta ia hendak mengerjakan sembahyang yang keduanya
Dipimpin Oleh
Al Fadil Ustaz Hj Baharudin b Hj Mohd Yunos
1 comment:
yg berkehendak bagi yg solar
Post a Comment