Kuliah Pengajian Kitab

Assalammualaikum, Kepada Yang Berminat Untuk Mengikuti Kuliah Pengajian Kitab, Di Al Madrasatu Ulul Albab, Kluang. Tuan Puan Dijemput Dan Di Persilakan Menghadiri Kuliah Tersebut : Hubungi 0197764178 (admin blog/Naib Pengerusi Madrasah) / 0127695431 (Penasihat/Mudir : Ustaz Baharudin)

Jadual Kuliah

Jadual Kuliah

Antara Kitab Yang Dipelajari

1. Tafsir Al Munir (Tafsir) 2012 Al Fadil Ustaz Baharudin
2. Solat Berjamaah (Panduan Imam & Makmum / Alhamdulillah Telah Tamat 2006 (Mula)-2014 (Tamat) Al Fadil Ustaz Baharudin
3. Sabilal Muhtadin (Fekah) 2012 Al Fadil Ustaz M Khaidir
4. Tambilhul Gofilin (Hadis) 2013 Al Fadil Ustaz Baharudin
5. Hidayatu Salikin (Tasawuf) Mula 2010 Alfadil Ustaz Baharudin
6. Risalah Tauhid (Aqidah : Alhamdulillah Telah Tamat) 2009 elas Al Quran Bertalaqi (Dewasa) Al Fadil Ustaz Baharudin
8. Kifayatul Muhtadi (Fekah) Mula 2014 Al Fadil Ustaz Baharudin
9. Minnyatul Musolli Mula 2014 Al Fadil Ustaz Baharudin
10. Hadis Qudsi Mula Desember 2014 Al Fadil Ustaz Ahmad Kamal

Tuesday 2 December 2014

Pengajian Kitab Minyatul Musolli

Pengajian Kitab Minnyatul Musolli
2 Disember 2014
Dipimpin Oleh Al Fadhil Ustaz Hj Baharudin b Hj M Yunus

Minyatul Musolli - Muka surat 2 - Permulaan Kitab, Pujian kepada Allah, Selawat Rasulullah s.a.w, Tempat Sembahyang dalam Agama

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Ku mulai risalah ini dengan nama Allah yang amat murah lagi amat mengasihani akan hambanya yang mukmin dalam negeri akhirat

الحمدالله رب العالمين * الذي جعل الصلاة طريقة المتقين

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Tuhan yang menjadikan sembahyang lima waktu ini jalan segala orang yang muttaqin

وَجَعَلَ فِيْهَا قُرَّةَ عَيْنِ سَيِّدِ المُرْسَلِيْنَ * وَرُكْنًا مِنْ أَرْكَانِ الدِّيْنِ

dan Tuhan yang menjadikan di dalam sembahyang itu sejuk mata hati penghulu segala mursalin - yakni dijadikan sejuk mata hati nabi dengan musyahadah akan Tuhannya di dalam sembahyangnya - dan menjadikan sembahyang itu satu rukun daripada rukun agama

وَجَعَلَ فِيْهَا جَنَّةَ العَاجلَةِ لِلْمُحِبِّيْنَ * وَمَعْدِنَ أَسْرَارِ لِلْعَاشِقِيْنَ

dan menjadikan padanya dapat lazat manusia khidmat sembahyang yang menempati syurga yang
disegerakan di dalam dunia bagi segala hambanya yang muhibbin - dan tempat galian segala rahsia daripada bagi tajalli Allah bagi orang yang 'asyikin yakni rindu mereka itu akan mahbubnya

وَالصَّلَاةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولِ رَبِّ العَالَمِينَ وَشَفِيعِ المُذْنِبِينَ

dan rahmat Allah dan selamatnya penghulu kita Nabi Muhammad pesuruh Tuhan sekalian alam dan yang memberi syafaat ia akan segala orang yang berdosa pada hari kiamat

وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَعِتْرَتِهِ الطَّاهِرِينَ * صَلَاةً وَسَلَامًا دَائِمَينَ إِلَى يَومِ الدِّينَ

dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya dah segala ikutannya daripada anak buahnya yang suci mereka itu akan rahmat dah selamatnya yang berkekalan keduanya hingga hari kiamat

وَبَعْدُ فَاعْلَمُوا يَا مَعَاشَرَ المُسْلِمِينَ وَفَّقَنَا اللهُ وَإِيَّاكُمْ وَأَلْهَمَنَا رُشْدَنَا وَأَعَاذَنَا مِنْ شَرِّ أَنْفُسِنَا

dan adapun kemudian dari itu maka ketahui oleh kamu hai segala orang yang muslimin, telah memberi faham akan kami dan akan kamu Allah s.w.t dan mengilhamkan kami dan kamu cerdik dan lindungkan daripada kejahatan diri kita

إِنَّ الصَّلَاةَ عِمَادُ الدِّيْنِ وَأَجَّلُ مَبَانِى الإِسْلَامِ الخَمْسِ بَعْدَ الشَهَادَتَينِ

bahawasanya sembahyang lima waktu itu tiang agama dan yang terlebih besar kejadian rukun Islam yang lima perkara kemudian daripada mengucap dua kalimah syahadah

وَمَحَلُّهَا مِنَ الدِّيْنِ مَحَلُّ الرَّأْسِ مِنَ الجَسَدِ فَكَمَا أَنَّهُ لَا حَيَاةَ لِمَنْ لَا رَأْسَ لَهُ فَكَذَلِكَ لاَ دِينَ لِمَنْ لاَ صَلَاةَ لَهُ كَذَلِكَ وَرَدَ فِى الأَخْبَارِ

dah tempatnya daripada agama seperti tempat kepala daripada tubuh - maka bahawanya tiada hidup bagi orang yang tiada kepala baginya - maka demikianlah tiada agama bagi orang yang tiada sembahyang baginya - demikian telah datang beberapa hadis nabi s.a.w

جَعَلَنَا اللهُ وَإِيَّاكُم مِنَ المُحَافِظِينَ عَلَى الصَّلَاةِ المُقِيمِينَ لَهَا الخَاشِعِينَ فِيهَا الدَّائِمِينَ عَلَيهَا فَبِذَلِكَ أَمَرَ اللهُ عِبَادَهُ المُؤْمِنِينَ فِى كِتَابِهِ وَبِهِ وَصَفَهُم فَقَالَ حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ

maka menjadikan kami Allah s.w.t dah akan kamu daripada orang yang memelihara akan atas sembahyang lima waktu dah orang yang muqim bagi sembahyang yakni mendirikan dan memelihara akan dia lagi orang yang khusyuk padanya - yakni tetap hatinya dah anggotanya di dalam sembahyang lagi yang mengekalkan atas sembahyang - yakni tiap-tiap sudah sembahyang mencinta ia hendak mengerjakan sembahyang yang keduanya

Dipimpin Oleh
Al Fadil Ustaz Hj Baharudin b Hj Mohd Yunos

1 comment:

Anonymous said...

yg berkehendak bagi yg solar