Kuliah Pengajian Kitab

Assalammualaikum, Kepada Yang Berminat Untuk Mengikuti Kuliah Pengajian Kitab, Di Al Madrasatu Ulul Albab, Kluang. Tuan Puan Dijemput Dan Di Persilakan Menghadiri Kuliah Tersebut : Hubungi 0197764178 (admin blog/Naib Pengerusi Madrasah) / 0127695431 (Penasihat/Mudir : Ustaz Baharudin)

Jadual Kuliah

Jadual Kuliah

Antara Kitab Yang Dipelajari

1. Tafsir Al Munir (Tafsir) 2012 Al Fadil Ustaz Baharudin
2. Solat Berjamaah (Panduan Imam & Makmum / Alhamdulillah Telah Tamat 2006 (Mula)-2014 (Tamat) Al Fadil Ustaz Baharudin
3. Sabilal Muhtadin (Fekah) 2012 Al Fadil Ustaz M Khaidir
4. Tambilhul Gofilin (Hadis) 2013 Al Fadil Ustaz Baharudin
5. Hidayatu Salikin (Tasawuf) Mula 2010 Alfadil Ustaz Baharudin
6. Risalah Tauhid (Aqidah : Alhamdulillah Telah Tamat) 2009 elas Al Quran Bertalaqi (Dewasa) Al Fadil Ustaz Baharudin
8. Kifayatul Muhtadi (Fekah) Mula 2014 Al Fadil Ustaz Baharudin
9. Minnyatul Musolli Mula 2014 Al Fadil Ustaz Baharudin
10. Hadis Qudsi Mula Desember 2014 Al Fadil Ustaz Ahmad Kamal

Tuesday 29 September 2015

Ibadah Qorban 1436 Hijrah Madrasah Ulul Albab Kluang

Kluang, 23 September:  Madrasah Ulul Albab Kluang telah melaksanakan ibadah Qorban
sempena Aidil Adha 1436 hijrah. Menurut Mudir Madrasah Ulul Albab, Al Fadhil Ustaz Hj Baharuddin  sebanyak 6 ekor lembu telah disembelih bagi melaksanakan ibadah qorban bagi tahun ini. Menurut beliau ibadah qorban yang dilaksanakan ini  adalah untuk menzahirkan rasa syukur di samping bagi melaksanakan ibadah yang diperintahkan kepada umat islam  untuk dilaksanakan setiap tahun. Menurutnya lagi  Ibadah Qurban perlu dilakukan dengan secara tertib dan cermat terutamanya ketika kerja menimbang dan pengaggihan daging sembelihan.  Daging qorban telah diagih-agihkan kepada penduduk sekitar Kampong Dato' Abdul Rahman Yassin. Program Qorban yang bermula seawal jam 7 pagi telah berakhir sebelum zohor dengan jayanya.










No comments: