Kuliah Pengajian Kitab

Assalammualaikum, Kepada Yang Berminat Untuk Mengikuti Kuliah Pengajian Kitab, Di Al Madrasatu Ulul Albab, Kluang. Tuan Puan Dijemput Dan Di Persilakan Menghadiri Kuliah Tersebut : Hubungi 0197764178 (admin blog/Naib Pengerusi Madrasah) / 0127695431 (Penasihat/Mudir : Ustaz Baharudin)

Jadual Kuliah

Jadual Kuliah

Antara Kitab Yang Dipelajari

1. Tafsir Al Munir (Tafsir) 2012 Al Fadil Ustaz Baharudin
2. Solat Berjamaah (Panduan Imam & Makmum / Alhamdulillah Telah Tamat 2006 (Mula)-2014 (Tamat) Al Fadil Ustaz Baharudin
3. Sabilal Muhtadin (Fekah) 2012 Al Fadil Ustaz M Khaidir
4. Tambilhul Gofilin (Hadis) 2013 Al Fadil Ustaz Baharudin
5. Hidayatu Salikin (Tasawuf) Mula 2010 Alfadil Ustaz Baharudin
6. Risalah Tauhid (Aqidah : Alhamdulillah Telah Tamat) 2009 elas Al Quran Bertalaqi (Dewasa) Al Fadil Ustaz Baharudin
8. Kifayatul Muhtadi (Fekah) Mula 2014 Al Fadil Ustaz Baharudin
9. Minnyatul Musolli Mula 2014 Al Fadil Ustaz Baharudin
10. Hadis Qudsi Mula Desember 2014 Al Fadil Ustaz Ahmad Kamal

Saturday, 29 November 2014

Madrasah Ulul Albab : Majlis Khatam Al Quran

Majlis Khatam Al Quran Kali ke-10 (12 Orang)
28-11-2014

Kluang : Madrasah Ulul Albab telah meraikan seramai 12 orang peserta yang telah Khatam Al Quran di bawah bimbingan Al Fadhil Ustaz Baharudin b Mohd Yunus. Majlis  Dimulai dengan bacaan Ayat-ayat suci Al Quran disambung dengan tahlil ringkas. Majlis yang ceria itu juga diisi dengan Tausiah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hj Mohd Fuad b Hj Mohd Dali. Di dalam tausiahnya beliu menghuraikan 4 jenis golongan pembaca Al Quran. En Ishak, wakil peserta khatam Al Quran, telah merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Baharudin b Hj Mohd Yunus kerana membimbing mereka dengan penuh sabar kerana maklum sahaja mereka adalah dalam kalangan yang telah berusia. Beliau juga menyatakan bahawa menuntut ilmu itu tidak mengenal batas usia. Majlis diserikan lagi dengan ucapan selawat beramai-ramai. Di hujung majlis, hadirin dan hadirat dijamu dengan juadah yang disediakan oleh peserta Khatam Al Quran.

 En Ishak (berbaju biru muda)
 Tausiah
Alfadil Ustaz Hj M Fuad b Hj Mohd Dali


Selawat

Pengajian Kitab Sabilal Muhtadin






 Al Fadil Ustaz Hj Muhammad Khaidir b Hussain b Ibrahim

Tuesday, 25 November 2014

Kitab Kifayatul Muhtadi

Disampaikan Oleh : Al Fadil Ustaz Baharudin bin Mohd Yunus


Syeikh Muhammad Nur al-Fathani lahir di Mekah pada tahun 1290 H/1873 M, diantara guru-guru beliau ialah Sheikh Wan Ali Kutan, Sheikh Ahmad al Fathoni dan diMesir berguru dengan Sheikh Bakhit al Muthie. Menurut catitan al Marhum al Ustaz Haji Wan Saghir dalam blog beliau : RIWAYAT Syeikh Muhammad Nur al-Fathani agak berbeza dengan ulama-ulama lainnya kerana beliau satu-satunya ulama di Mekah yang dapat menjadi orang besar dalam dua pemerintahan. Beliau menjadi orang besar
nota by admin
pada zaman pemerintahan Syarif Husein. Apabila pemerintahan bertukar kepada Ibnu Sa’ud, yang terkenal dengan era pemerintahan Wahabi, Syeikh Muhammad Nur al-Fathani masih tetap dengan kedududukannya. Kitab Kifayah al-Muhtadi bi Syarh Sullam al-Mubtadi. Penulisan dimulai di Mekah dan diselesaikan di Madinah al-Munawwarah pada hari Jumaat, 9 Rabiul Akhir 1351 H/11 Ogos 1932.
Kuliah Fekah Madrasatu Ulul Albab
 
 
 

Tuesday, 14 October 2014

Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain

Kitab: Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain

Data ringkas kitab: Judul: Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain (Tempat terbit dua bulan purnama dan tempat berhimpun dua laut)
Kategori: Fiqih

Pengarang: al-‘Allamah Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani @ Syaikh Nik Mat Kecik (wafat di Mekah tahun 1333H/1914M)

Tarikh selesai dikarang: 12 Sya’ban 1303H/16 Mei 1886M
Merupakan antara kitab fiqih yang paling terkenal di Tanah Melayu. Ditulis oleh al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Wan Muhammad bin Wan Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Wan Tih bin Syaikh Wan Senik al-Karisiqi al-Fathani. Atau dikenali juga dengan nama Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani atau Muhammad Shaghir al-Fathani (di kalangan orang ‘arab) atau Syaikh Nik Mat Kecik al-Fathani dikalangan orang Melayu di Mekah. Beliau adalah cucu saudara kepada al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani.
Kitab ini pernah dijadikan teks pengajian ilmu fiqih sekolah-sekolah agama di negeri Johor. Oleh kerana kitab ini terlalu banyak dipergunakan, maka kerajaan Johor menganjurkan penyusunan sebuah kamus yang khusus mengenai kitab ini. Maka tersusunlah sebuah kamus dengan judul Suluh Mathla’ul Badrain oleh Haji Abdul Ghani Yahya, antara murid kepada Tok Kenali. Di tulis di Johor Baharu pada 1 Oktober 1941M. Kamus ini khusus terjemahan kosa kata Arab ke dalam bahasa Melayu, maka dapat membantu pelajar dalam memahami perkataan-perkataan atau istilah-istilah yang terdapat didalam kitab Matla’ al-Badrain. Hanya Mathla’ al-Badrain kitab Melayu/Jawi yang ditulis kamus.
Kitab Mathla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain, selesai ditulis pada 12 Syaaban 1303H/1885M. Cetakan pertama dan keduanya tidak ditashihkan, maka keduanya ternyata banyak kesalahan sususan kalimatnya yang dilakukan oleh pihak pencetak. Manakala cetakan ketiga dan keempat telah ditashih oleh al-‘Allamah Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.
Jika diteliti, model penulisan Mathla’ al-Badrain dari pelbagai aspek, dapat diklasifikasikan sebagai penulisan klasik ilmiah. Contohnya, pada banyak tempat digunakan nota kaki, istilah orang Melayu zaman dulu dinamakan ‘dhabit’. Akhir setiap sesuatu dhabit ada yang digunakan istilah ‘Muallif’ maksudnya ‘pengarang’. Pada konteks Mathla’ al-Badrain maksudnya ialah Syaikh Nik Mat Kecik. Pada tempat lain digunakan istilah ‘Mushahhihahu’, maksudnya ‘pentashihnya’. Pada konteks Mathla’ al-Badrain maksudnya ialah Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Pada setiap penghabisan dhabit, Syaikh Nik Mat Kecik menyebut nama kitab yang beliau rujuk. Kitab Melayu/Jawi yang disebut ialah Sabil al-Muhtadin, tetapi Sabil al-Muhtadin hanya disebut pada ibadat. Kitab Arab lain seperti Fath al-Wahhab, Bujairimi ‘ala Fath al-Wahhab.
Di antara kitab yang menjadi rujukan pengarang ketika mengarang kitab ini adalah:
  • Fath al-Wahhab bi Syarh Minhaj at-Thullab oleh Syaikhul Islam Abi Yahya Zakaria al-Anshari
  • I’anah at-Tholibin oleh Sayyid Abu Bakr ibn Muhammad Syata ad-Dimyati, yang masyhur dengan nama Sayyid al-Bakri Syata
  • Bujairimi ‘ala Khatib oleh Syaikh Sulaiman al-Bujairimi
  • Mughni al-Muhtaj oleh Syaikh Muhammad ibn Ahmad asy-Syarbini al-Khatib
  • As-Siraj al-Wahhaj Syarh ‘ala Matn Minhaj oleh Syaikh Muhammad az-Zahri al-Ghamrawi
  • Hasyiah al-Bajuri oleh Syaikh Ibrahim al-Bajuri
  • Kifayatul Akhyar oleh Imam Taqiyuddin Abu Bakr bin Muhammad
Kitab Matla’ al-Badrain telah dirumikan dan diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jabatan Perdana Menteri) pada tahun 1413H/1993. Ianya telah disusun semula dan menggunakan bahasa yang moden dan mudah supaya senang difahami. Tajuk-tajuknya pula diasingkan dengan perenggan-perenggan dan fasal-fasal yang bernombor serta tajuk-tajuk ringkas ditepinya (nota birai) untuk kemudahan rujukan.
Menurut Tuan Haji Hasan bin Haji Ahmad (kini Dato’ dan menjawat sebagai mufti Pulau Pinang) pada kata alaun pentashih terjemahan [transliterasi] kitab Matla’ al-Badrain terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan:
Semasa saya mentashihkan draf akhir kitab ini, saya berpandukan pengalaman dan ilmu yang cetek yang ada pada saya serta merujuk kepada beberapa buah kitab yang mu’tabar, antaranya:
  • Syeikh Sulaiman al-Bujairimi, Hasyiah al-Bujairimi ‘ala al-Minhaj, 4 juzu’ (Misr: Maktabah Musthafa al-Babi al-Halabi wa Auladuhu, 1369H/1950M)
  • Syeikh Ibrahim al-Bajuri, Hasyiah al-Bajuri, 2 juzu’ (Surabaya/S’pura: Sulaiman Mara’i, t.t)
  • Al-Qalyubi dan Umairah. Hasyiyatain ‘ala Syarh Jalaliddin al-Mahallai ‘ala Minhaj at-Talibin. 4 juzu’. (Misr: Maktabah Musthafa al-Babi al-Halabi wa Auladuhu, 1375H/1956M)
  • Muhammad asy-Syarbini al-Khatib. Iqna’ fi Halli Alfaz Abi Syuja’ (S’pura: Maktabah Sulaiman Mara’i, t.t)
Daripada rujukan-rujukan yang dibuat, jelas bahawa Pengarang (Musannif) asal kitab ini memetik dan menterjemahkannya daripada beberapa buah kitab yang mu’tabar sepertimana yang diakui sendiri oleh beliau di bahagian muqaddimahnya, maka nilai kitab ini [kitab Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain] juga adalah mu’tabar.
Dato’ Syaikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar, seorang ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Kedah Darul Aman, telah menulis kitab bertajuk Matla’ al-Nurain Untuk Menghuraikan ‘Ibarat Kitab Matla’ al-Badrain. Dimana kitab ini memudahkan ‘ibarat yang kusut dan uslub yang payah didalam kitab Matla’ al-Badrain, yang tidak dapat difahami maksudnya oleh kebanyakkan generasi kini. Begitu juga Pejabat Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan, menerbitkan kitab Tahqiq Matla’ al-Badrain.
Kitab ini juga bukan sekadar masyhur di Tanah Melayu tetapi juga di Negara Brunei Darussalam. Ini dapat dilihat pada ucapan di Majlis Muzakarah Pengkursus Ibadat Haji Kali Ke-13 Bagi Musim Haji 1427H/2006M (pada hari Selasa, 12/7/2006 Di Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan) oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Negera Brunei Darus Salam:
Kitab yang sudah menjadi pegangan kita di Negara Brunei Darussalam di dalam menunaikan rukun Islam, yang juga menjadi amalan dan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah Kitab Mathla’ul Badrain yang mana sebahagian permasalahan dalam kitab tersebut telah dipermudahcarakan untuk membaca dan memahaminya melalui beberapa siri dalam Kitab Zainut Thalib iaitu hasil usaha dan gubahan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama.
Walaupun usia kitab ini sudah menjangkau lebih dari 120 tahun, namun ianya masih tetap relevan dan terkehadapan untuk dijadikan panduan generasi kini di dalam bidang fiqih.

Kuliah Kitab Mutal Badrin

Tarikh : 14-10-2014 (Selasa malam Rabu)
Tempat : Madrastu Ulul Albab, Kluang
Kitab  : Mutal Badrin
Tajuk  : Sunat-sunat Mandi
Menu  Mepas Kuliah : Mee Bandung, Nes Tarik, Teh O, Tempe Goreng & Sambal Kicap (by Seponsor)





Adapun Pengisian Jasmani Kemudian Dari Pengisian Rohani

Monday, 13 October 2014

Kuliah Solat Berjamaah Panduan Imam dan Makmum,

  Penyusun Kitab :
Al Fadil Ustaz Hj Muhammad Khaidir b Hussain b Ibrahim
Murid Kepada :
Tuan Guru Syekh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki
 di Masjid Al Fatah Qahirah Mesir 1990-1994

di petik dari : Hukum-hukum Solat Berjamaah


Sunday, 12 October 2014

Bilik Kuliah 2012 vs Bilik Kuliah 2013 vs Bilik Kuliah 2104


Kuliah Menadah Kitab
Guru Membaca dan Menghurai,
 Murid Mendengar, Menyemak, Mencatat
Soaljawab dua hala

2012 (Bersila)
Sebelum iu tidak berehal
 
2013 (Berkerusi & Bermeja Kecil)
 2014 (Berkerusi & Bermeja Jati)
2013 (Kosong Bahagian Belakang & Bertikar Mengkuang)

2014 (Almari Kitab Bahagian Belakang & Berkapet)



Tiada Dalam Gambar : 
Arcond (York 2,5HP), 
Confortable Speker


Antara Aktiviti Yang Dijalankan di Madrasah  :
1. Bertalaki Kitab
2. Bertalaki Al-Quran Bersanad
3. Khatam Quran (Bagi yang telah tamat & Sempena Ramadan)
4. Bacaan Yasin, Tahlil, Solat sunat hajat.
5. Marhaban & Ziarah Hari Raya.
6. Melaksanakan Ibadah Qurban

Saturday, 11 October 2014

Kuliah Pengajian Kitab, Madrasatu Ulul Albab, Kluang

Kuliah 
Setiap Isnin Malam Selasa
Selasa Malam Rabu
Tempat Kampung Abdul Rahman Yasin

AlFadil Ustaz Hj Baharudin b Mohd Yunos
Kitab Mutal Badrin (versi Rumi)
Terbitan Majlis Agama Wilayah Persekutuan

Tuesday, 24 September 2013

Kuliah

Jadual Kuliah Pengajian (Hujung Minggu)
Madrasatu Ulul Albab, Kluang Johor
Masa    : Selepas Solat Maghrib



Jadual Pengajian Setiap Hari Isnin Dan Selasa
Bermula Selepas Solat Isyak
Fekah, Tasawuf, Tauhid